20 | 09 | 2017

KURSUS PEMBANGUNAN KOMPETENSI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GURU) GRED DG41 DAN DG44) – CONTINUING PROFESIONAL DEVELOPMENT (CPD)

 

1.0         PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025dalam  Anjakan 4 memberi fokus terhadap peningkatan kualiti pembangunan profesionalisme guru. Selaras dengan itu, Program Transformasi kerajaan telah mencadangkan piagam baharu guru yang meliputi Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuing Profesional Development – CPD). Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan  (JPP) ke 202 pada 16 Julai 2013 yang dipengerusikan oleh YAM Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia telah memutuskan agar CPD dilaksanakan bagi menjamin dan meningkatkan kualiti guru secara berterusan.

 

2.0          DEFINISI

Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuing Profesional Development – CPD) adalah usaha bersepadu bagi memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan professional, kemahiran professional dan nilai serta amalan professional keguruan melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan  (LDP) yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi, pembelajaran berterusan dan laluan kerjaya.  Penekanan latihan adalah bagi memperolehi pengetahuan dan kemahiran baharu dan terkini yang menepati keperluan kompetensi abad ke 21.


3.0          OBJEKTIF

Objektif kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuing Profesional Development – CPD) adalah :

3.1        Meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan/pengurusan pendidikan secara berterusan

3.2        Memastikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) memperoleh (acquire), menambahbaik   (improve), menguasai (master) dan berkongsi (share) kompetensi untuk keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta keberhasilan murid

3.3        Menggalakkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) mengikuti latihan terancang dan sistematik   yang merangkumi sesi pembelajaran dan pembangunan kendiri seperti seminar, kolokium, forum, sesi dialog, persidangan, konvensyen, kajian, penyelidikan, inovasi, lawatan kerja, lawatan penanda aras, bengkel, professional learning community, ulasan buku, penulisan dan penerbitan.

 

4.0          PERATURAN KURSUS

Garis Panduan ini menjelaskan peraturan yang perlu diikuti oleh peserta yang menghadiri kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Gred DG41 dan DG44.

4.1          Peraturan Peserta Kursus

4.1.1   Peserta MESTI menghadiri setiap slot perlaksanaan kursus mengikut jadual dan menyempurnakan semua aktiviti secara aktif

4.1.2   Peserta hendaklah berada dalam dewan 10 minit lebih awal bagi setiap slot yang telah dijadualkan

4.1.3     Peserta dikehendaki menandatangani kehadiran di dalam buku kehadiran

Pada setiap slot yang diadakan. Merekod kehadiran orang lain adalah suatu kesalahan. Sesiapa yang didapati berbuat demikian boleh diambil tindakan tatatertib

 

4.1.4    Peserta dikehendaki melantik seorang penghulu atau ketua kumpulan bagi kursus ini. Segala urusan dengan penyelaras atau urusetia kursus hendaklah dibuat melalui penghulu atau ketua kumpulan.

 

4.1.5     Peserta dikehendaki berpakaian rasmi semasa berkursus. Peserta lelaki dikehendaki memakai tali leher dan berbaju lengan panjang. Peserta wanita dikehendaki berpakaian sopan dan menutup aurat. Pakaian semasa sesi malam adalah kasual

 

4.1.6   Peserta tidak dibenarkan merokok semasa sesi kursus/aktiviti berjalan samada di dalam atau di luar dewan kuliah, bilik latih amal dan di tempat-tempat  lain yang dilarang merokok

 

4.1.7   Peserta dikehendaki sentiasa menghormati majlis atau slot perlaksanaan kursus dengan tidak membuat sebarang gangguan termasuk pengguanaan telefon mudah alih.

 

4.1.8   Peserta dilarang sama sekali melakukan sebarang perbuatan atau kegiatan yang menyalahi undang-undang jenayah, agama dan perbuatan yang tidak bermoral sepanjang tempoh kursus. Peserta yang didapati bersalah boleh diambil tindakan tatatertib mengikut peraturan yang sedang berkuatkuasa.

 

 

 

5.0          PENUTUP

Peserta dikehendaki memahami dan mematuhi peraturan atau arahan yang ditetapkan dan sentiasa prihatin terhadap perubahan program kursus yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan kursus dari masa ke semasa. Etika sebagai penjawat awam harus dijaga dan dikekalkan sepanjang menghadiri kursus ini.