22 | 11 | 2017

KATA ALU-ALUAN

PENGARAH IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera              

 

Alhamdulillah, syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh ahli Jawatankuasa Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Continuing Professional Development-CPD) peringkat IPG Kampus Temenggong Ibrahim yang berrsungguh-sungguh mengurus dan merancang Kursus Pembangunan Kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) Gred DG 41 bagi negeri Johor tahun 2014. Sebanyak 42 siri kursus yang melibatkan seramai 3040 orang peserta akan dilaksanakan bermula pada 26 April 2014 sehingga 15 Oktober 2014.  

Sebanyak empat modul telah dirangka untuk membolehkan para guru, antara lain memahami transformasi dasar dan hala tuju pendidikan Malaysia, menentukan sasaran pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan dan potensi murid, mengaplikasikan kemahiran menggunakan maklumat dan data untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan tahap profesionalisme.  

Guru sebagaimana petikan sajak SN Usman Awang adalah “pemberi paling setia, tiap akar ilmu miliknya, pelita dan lampu segala, untuk manusia sebelum menjadi dewasa.” Khidmat para guru sesungguhnya menyumbang secara positif ke arah melahirkan sumber manusia gemilang yang mampu membawa perubahan yang berkesan dalam menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Amanah dan tanggungjawab yang berat ini telah meletakkan warga guru menjadi barisan utama pembentuk generasi berfikiran terbuka, komited dan bekerja ke arah pencapaian wawasan negara.

Akhir kata, selamat berkursus dan diharapkan para guru dapat meningkatkan kualiti profesionalisme masing-masing kerana guru berkualiti dapat menjana modal insan yang gemilang.

Sekian, terima kasih.

 

 

MOHD SAID BIN HASRAN

Pengarah

IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Johor.